Sudah terang lagi bersuluh,kita sudah menghampiri cabang 2020.Banyak prasarana dan bangunan pencakar langit didirikan di atas bumi ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sedasawarsa kini,sering meniti dari bibir ke bibir akan krisis kenaikan harga barangan.Senario ini semakin hangat diperkatakan jadi tidak hairanlah jika isu ini menjadi topik perbualan hangat dari Parlimen hinggalah ke kedai kopi.Kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan krisis kenaikan harga barangan . Banyak suara-suara merungut akan masalah ini terutamanya bagi golongan miskin yang hidup seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
Terdapat beberapa usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk menghadapi krisis tersebut.bak kata pepatah,ingat sebelum kena ,jimat sebelum habis.Untuk mengatasi krisis ini,masyarakat hendaklah mempraktikkan amalan jimat cermat.Janganlah memandang enteng akan amalan ini.Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang saku perbelanjaan ,malah dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran.Masyarakat hendaklah menyimpan wang lebihan ke dalam tabung kerana ia pasti berguna suatu hari nanti.Contohnya ada dikalangan keluarga kita menghadapi penyakit kronik dan kita memerlukan wang untuk membeli ubat dengan segera.Waktu desak inilah kita boleh menggunakan wang simpanan tersebut.
Selain itu,masyarakat perlulah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak.Dalam hal ini,masyarakat hendaklah berganding bahu seperti yang terungkap dalam pepatah melayu iaitu "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".Tamsilannya,masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang harganya meningkat secara mendadak.Lama kelamaan,harga ayam daging tersebut pasti turun kerana kurang pelanggan yang membeli.
Seterusnya,masyarakat hendaklah menulis senarai beli yang diperlukan sahaja.Janganlah membazir dengan barangan yang sedia ada.Bagi ketua keluarga,mereka hendaklah mendidik ahli keluarganya agar amalan berjimat cermat dan tidak rambang mata ketika dunia tengah mengalami kegawatan ekonomi.Contohnya ketika musim perayaan dimana kebanyakan masyarakat membeli-belah untuk menyambutnya.Janganlah terlalu taksub akan promosi yang diedarkan kerana mungkin barangan tersebut tidak begitu penting beebanding barang keperluan lain.Oleh itu,kita hendaklah bijak dalam membelanjakan barangan keperluan.
Sementelahan pula,masyarakat perlulah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.Tamsilannya seperti memantau sebarang kenaikan harga barangan dan sebarang kegiatan penyeludupan.Jika kita tidak berpuas hati akan sesuatu harga,kita bolehlah membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Pihak berkenaan juga hendaklah mendedahkan akan peranan yang dimainkan oleh pengguna bagi menyekat dan menangani isu ini.Demikian ,masyarakat akan tahu bahawa mereka boleh membuat aduan sebagai hak pengguna dan tidak mudah tertipu oleh para peniaga.Oleh itu juga,masyarakat tidaklah dianggap sebagai katak dibawah tempurung.
Akhir sekali,pihak kerajaan hendaklah membuat pantuan secara mengejut ke primis-primis niaga terutamanya peniaga yang menjual makanan kering mahupun basah.Sekiranya ada di antara peniaga yang menaikkan harga barangan yang melampau ,tindakan undang-undang yang tegas perlulah dilaksanakan seperti mengenakan denda sebanyak RM5000 atau di penjarakan sekiranya disabitkan kesalahan.Ia bukan sahaja dapat dijadikan pengajaran kepada pihak terlibat mahupun orang lain malah dapat membuka mata peniaga untuk berniaga dengan cara yang betul berlandaskan syariat islam terutamanya peniaga yang beragama islam.
Deduksinya,kenaikan harga barangan telah menyusahkan banyak pihak.Namun,kita boleh mengatasi masalah ini sekiranya kita bekerjasama seperti aur dengan tebing.Janganlah bersikap sepertienau dalam belukar.Oleh itu,semua masyarakat mestilah bertindak sepertike bukit sama-sama didaki,ke lurah sama-sama dituruni bagi mengatasi masalah ini,Bagi para peniaga janganlah bersikap pentingkan diri sendiri dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dalam situasi genting ini yang bagaitelur di hujung tanduk.
No comments:
Post a Comment